Sunday, May 29, 2011

Berita Terkini

SAMTiSH, AHAD - 2 orang pelajar SAMTiSH iaitu Farah Nabilah Hashim, 15, dan Aina Nadhira Mazlan, 15, telah disahkan selamat daripada terkena panah petir pada awal pagi hari Jumaat lepas ketika berjalan menuju ke Surau Al-Khalili untuk menunaikan solat hajat. Kejadian ini berlaku ketika hujan lebat ditambah dengan panah petir yang sangat menggerunkan. Pelajar-pelajar sekolah itu terpaksa merentasi hujan lebat melalui susur gajah untuk ke surau yang membuatkan pelajar-pelajar sekolah itu hampir basah kuyup. Farah juga merungut kerana cuaca sangat sejuk dan berkata "kalau aku tau nak hujan macam ini, aku tak mandi wehh."Aina pula berkata "iye~ Membazir air kat hostel je" Orang di belakang mereka hanya mampu mengerdipkan mata mendengar perbualan mereka. Farah tiba-tiba berhenti di tengah-tengah jalan apabila kilat memancar ke bumi. Aina dengan pantas menggenggam tangan Farah untuk memimpinnya meneruskan perjalanan lalu berkata "takpe takpe, aku ade aku ade". Sebuah kereta Myvi berwarna merah terpaksa berhenti untuk memberikan laluan kepada mereka. Lihat betapa kecilnya pengorbanan Aina yang sanggup berbuat begitu terhadap Farah. Farah juga ada menerangkan tentang Science yang diajarkan oleh Teacher Ida Nurbani. Farah mengatakan tentang bahayanya berada di luar bangunan ketika hujan lebat sambil kilat sabung-menyabung. Anda boleh rujuk kepada buku teks Science Bab 7. Apabila tibanya di Surau Al-Khalili, mereka terlihat Zuhriah Aini, Atikah Hani dan Nurul Shazwani telah berada di surau terlebih dahulu tanpa tempias air hujan. Mereka terus membuka kasut dan masuk ke dalam surau. Mereka naik ke bahagian atas surau kerana bahagian bawah surau telah penuh dengan pelajar SAMTiSH. Mereka membatalkan niat untuk menunaikan solat hajat atas sebab-sebab tertentu yang tidak boleh dinyatakan di sini. Mereka mengambil tempat untuk duduk. Suasana amat bising di bahagian atas surau. Nashira menegur pelajar tingkatan satu yang sangat 'senyap' di sebelahnya. Mungkin pelajar itu sedikit bengang kerana ditegur begitu oleh Nashira. Tetapi itu langsung tidak menggugat kemarahan Nashira. Selepas itu, kami diarahkan untuk turun ke bahagian bawah surau kerana terlalu bising. Aina dengan semangatnya menggenggam tangan Farah sekali lagi lalu merempuh semua yang hendak turun ke bawah. Akhirnya Aina dan Farah berjaya menjadi pelajar terawal berada di bawah berbanding ahli FEZISNARAH yang lain. Beberapa orang saksi iaitu Fatin Aqila, Nashira, Khairun Nisa, Zuhriah Aini, Nurul Shazwani, Atikah Hani dan Izzati Atiqah telah mengesahkan tentang kesahihan kejadian ini.


berita ini dipetik daripada FEZISNARAH NEWS bertarikh 29 Mei 2011.